KANDUNGAN PERNIAGAAN

事業内容|レーザー加工

Ketepatan pemprosesan logam

Keutamaan kami adalah di dalam pemprosesan logam (sistem pembuatan bersepaduto dari prototaip hingga pengeluaran besar-besaran)

Bahan mentah yang digunakan seperti keluli tahan karat, besi, aluminium dan sebagainya dijalankan dengan menggunakan laser dan T.P.P. Dengan nilai pengalaman yang begitu banyak, kami boleh menghasilkan produk mengikut gambarajah yang diberi dengan setiap bahan logam akan meregang dan mengecut sedikit dengan menggunakan daya tekanan semasa pemprosesan.

Prototaip yang dihasilkan adalah dari buatan tangan, dihasilkan dengan teliti, hingga ianya telah disahkan. Seterusnya, kami akan beralih kepada pengeluaran produk yang dihasilkan secara besar-besaran, kami akan meneruskan penghasilan acuan dari pemprosesan, dan akan terus menghasilkan produk pengeluaran yang banyak mengikut kehendak pelanggan dengan menggunakan alatan jig.

Dengan pengalaman yang luas, kami boleh menghasilkan produk mengikut keperluan pelanggan bermula dari percubaan, ke pengeluran kecil-kecilan kepada pengeluaran besar-besaran.

Bahan mentah yang bersesuaian untuk diproses

Bahagian pesawat

Kami mengeluarkan sejumlah kecil bahagian pesawat yang memerlukan teknologi yang tinggi bagi pemprosesan bahan mentah khas seperti aluminium, keluli, titanium, magnesium, aloi tahan haba, dan lain-lain dalam jumlah yang kecil.Kami telah memperolehi satu sistem jaminan kualiti yang ketat yang disokong oleh pensijilan certification of JIS Q9100  (aerospce), iaitu sistem pengurusan kualiti yang diperlukan oleh produk berkaitan aeroangkasa dari segi keselamatan penerbangan. Kami sedar teknologi pemprosesan yang memenuhi piawaian yang ketat diperlukan dalam bidang pembangunan penerbangan dan ruang angkasa, kemudahan pengeluaran untuk bekalan yang stabil dan sistem kawalan mutu yang menghadkan kelayakan.

※Bahagian pesawat tidak disenaraikan bagi menjaga kerahsiaan dan keselamatan.

MAKLUMAT TERMINAL POS

Kami adalah pengeluar bagi pemasangan bahagian bahan logam bagi produk Maklumat terminal POS yang digunakan di kedai serbaneka dan pasaraya utama.

Pengenalan produk yang berteknologi
①Cutter Unit

Pemasangan (assembly) bagi resit yang akan dipotong dengan kemampuan pemotongan sejuta kali, dari kandungan bahan mentah yang berkualiti.

②Bahagian lenturan (bending)

Untuk menjalankan proses kerja lenturan (bending) yang sukar, ianya boleh digabungkan secara manual atau penggunaan acuan (bending).

Kepelbagaian Terminal maklumat - mesin pengeluar tiket

Produk berkaitan kewangan dan berkaitan pengedaran. Kami menjalankan pemasangan bahan logam di bahagian dalam produk tersebut.

Ia menyokong semua jenis pemprosesan termasuk memotong, menggerudi, mengetuk, burring, dish dan lenturan (bending).

Produk berkaitan kewangan
  •  Mesin penerbitan tiket untuk sukan
  •  ATM standard
  •  Terminal kaunter kewangan
  •  Terminal Pemeriksaan peribadi
Produk berkaitan pengedaran
  •  ATM serbaneka store
  •  Terminal Loteri
  •  Pencetak Buku / Baucer
  •  Corong syiling
  •  Mesin Pencetak di Dapur

Pengenalan produk berteknologi

Menghindar wang kertas dari tersangkut dari  mesin tiket . Kami juga memastikan produk lancar dengan produk yang kukuh. Tiada calar, tidak kabur, tiada calar bending, tiada kualiti sputter yang direalisasikan. Juga menyokong produk pemprosesan komposit.

Kamera pengawasan

Kamera pengawasan. Kami mengeluarkan bahagian-bahagian logam yang dipasang di dalam mesin.

Pencetak 3D

Kami menghasilkan bahagian logam yang dipasang di dalam pencetak 3D.

Pengenalan produk yang berteknologi

Ia digunakan di mana produk logam yang akan mengimbas mata sesiapa sahaja yang berada di Pencetak 3D.

Maklumat Syarikat

Pelan Syarikat

Utamakan kepuasan pelanggan

Falsafah Pengurusan

Kami membentuk kehendak pelanggan dengan kualiti yang diharapkan dan dipercayai.

Profil Syarikat

Nama Syarikat TSS Co. Ltd.
Wakil Wakil Pengarah Junichi Yagi
Penubuhan 1986 (Showa 61) December 26
Saham Modal 20 Juta yen
Kandungan perniagaan ・Ketepatan pemprosesan logam (wire cut, laser)
・Pembuatan Acuan bertekanan - Pemprosesan
・Menggilap - Kimpalan - Pelbagai Pemprosesan
Bilangan Pekerja 31 orang
Pelanggan Utama ・ NEC
・ NEC Platforms
・ Ebara Corporation
・ JAMCO
・ Tanaka Kikinzoku Industry
・ MUTOH INDUSTRIES LTD.
・ SAXA Techno, Inc.
Alamat Perniagaan ■Ibu pejabat Jepun
〒214-0001
Kanagawa Prefecture Kawasaki City Tama Ward, Kan 3
TEL:044-948-1025
FAX:044-948-1026
Bank ・ Kawasaki Shinkin Bank Inadadutumi branch
・ Tama Shinkin bank Inagi Yano guchi branch
・ Yachiyo Bank Noborito Branch

 T.S.S METAL INDUSTRY MALASIA SDN.BHD

マレーシア工場外観

Maklumat Pejabat

Alamat Perniagaan  NO 4, JALAN JOHAN 1/2, KAWASAN PERINDUSTRIAN PENGKALAN 2,FASA 1, SG. TERAP PUSING 31500 PERAK.
TEL +60 5-3667781
FAX +60 5-3668897
E-MAIL tss-malaysia@tssmetal.com.my
Kandungan Perniagaan Industri Acuan berlogam
Bilangan pekerja 80 orang

24 tahun pengalaman di Malaysia. Terdapat kakitangan Jepun yang telah bermastautin di sini.

Ibu pejabat di Jepun, kami hanya menyediakan prototaip, dalam kuantiti yang kecil dari pelbagai jenis, dan kilang di Malaysia akan menyokong pengeluaran besar-besaran produk dengan acuan yang sedia ada.

Bagi penghasilkan acuan, kami mempunyai pengalaman sendiri, di mana kami boleh berbincang dengan pelanggan bagi menghasilkan acuan mengikut keperluan pelanggan yang pelbagai. Sebagai penambahan, juga terdapat proses Turret Punch (acuan asas mesin) di mana produk dihasilkan dalam masa yang singkat.

Import  export antara Malaysia dan Jepun melalui syarikat perkapalan yang dihantar setiap minggu, dan ia telah mewujudkan suasana persekitaran perdagangan yang stabil.

Kakitangan di Malaysia juga kebanyakkannya telah berkhidmat dan bekerja selama 20 hingga 25 tahun dan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi. Walaupun bahasa pengantara adalah bahasa Melayu di dalam syarikat, ia adalah tidak mustahil bagi kami untuk merasa tidak selesa kerana kami boleh juga bercakap dalam Bahasa Inggeris dan Jepun. Bagi gambarajah dan data di dalam versi Jepun, ianya boleh digunakan tanpa terjemahan.